CARA-CARA CARI SIGNAL MYTV DENGAN DEKODER DVB-T2

Posted by rain 24/10/2018 0 Comment(s) Tips,

CARA-CARA MENCARI SIGNAL MYTV DENGAN DEKODER DVB-T2

 

GARIS PANDUAN BAHASA INGGERIS > https://goo.gl/rZgnpV

 

 

 

 

PERINGATAN:
Pihak kami hanya menjual antenna untuk terima siaran MYTV. 
Gambar2 berkaitan di bawah hanya lah untuk rujukan pembelajaran sahaja. 

 

Terima kasih kerana berkunjung ke blog kami. Berikut adalah penerangan kami mengenai bagaimana mencari signal MYTV dengan cara yang pantas.

 

 

Sebelum itu pastikan segala kelengkapan seperti berikut cukup.

  • Dekoder DVB-T2 atau TV digital (Built-in DVB-T2 IDTV). (Salah satu)
  • Antenna Digital atau Antenna UHF tulang ikan.
  • Kabel coaxial RG-6 (Kabel Astro) yang bermutu tinggi. Boleh dibeli di kedai hardware.
  • Soket  RF male sambungan ke TV.

 

Sila ikuti langkah-langkah di bawah.

 


Kenal pasti pemancar yang berdekatan dengan rumah anda.

 

Sebagai contoh, anda tinggal di Kajang, 

 

  1. Pergi ke laman web> http://mytvbroadcasting.my/liputansiaran.html dan cari "LIPUTAN SIARAN"

  1. Cari pemancar yang terdekat (Sebagai contoh, di Kajang, klik pada pemancar Bukit Sungai Besi).

 

 

  1. Masukkan alamat

  1. Proses selesai.

Kenal pasti antenna yang sesuai digunakan di rumah anda.

 

 

Pastikan anda membeli ANTENNA DIGITAL atau ANTENNA UHF tulang ikan sahaja.
Lain-lain antenna adalah tidak sesuai sama sekali.

 

 

Mengenai jarak perlindungan antena, antena UHF mendapat 2 jenis:

  • Antena dalaman digunakan apabila jarak perlindungan (dikira dari penghantar terdekat ke kawasan anda) dalam jarak 25km
  • Antena luar digunakan apabila jarak perlindungan (dikira dari penghantar terdekat ke kawasan anda) lebih dari 25km

 

 

Antena luar :

 

ANTENNA DIGITAL JP5E (5-ELEMENT) = 50km

 

 

ANTENNA DIGITAL JP8E (8-ELEMENT) = 70km

 

 

ANTENNA DIGITAL JP21E (21-ELEMENT) = 110km

 

 

 

*Antenna Indoor (Dalaman)

 

 

Antena ini boleh menerima isyarat untuk kawasan dalam jejari garis lurus kurang dari 25km dari stesen pemancar.

Sebagai contoh, rumah anda di Kuantan, anda boleh menggunakan antena dalaman kerana berdekatan dengan Bukit Pelindung.

 

 

Walaubagaimanapun, TIDAK semua kawasan dalam lingkungan tersebut boleh menggunakan antenna Indoor disebabkan faktor halangan fizikal seperti bangunan, bukit serta ketinggian.

 

 

Digalakkan menggunakan sekurang-kurangnya Antenna JP-5E (5element) untuk penerimaan signal yang lebih jelas dan baik.


 

 

APABILA  ANTENNA DAN SEMUA KEPERLUAN TELAH SIAP, ANDA  PERLU KE SALURAN AUTO CHANNEL / MANUAL CHANNEL SEARCH

 

 

  • AUTO CARIAN: MENU > Carian Siaran > Carian Auto > OK
  • CARIAN MANUAL: MENU > Carian Siaran > Carian Manual > Saluran Frekruensi mengikut alamat (seperti gambar di bawah)

 

 

 

Jika anda perhatikan terdapat peratusan yang ditunjukkan dalam bar, itu bermakna produk berfungsi !!! :D

 

 

JADUAL FREKUENSI  (SEBAGAI RUJUKAN)
 
 
 
 
 
BAGI SESIAPA YANG MASIH TIDAK MEMPEROLEHI SIARAN, BOLEH CUBA UBAH KEDUDUKAN ATAUPUN ARAH ANTENA :)
 
 


 

 

GARIS PANDUAN UNTUK TETAPAN

 

  • Sila ikuti panduan untuk menyediakan, https://youtu.be/rVBUHBGnOl8

Leave a Comment